Mini Karnival PIBG SK Nuri

Pada 4 Julai 2009, SK Nuri telah mengadakan Mini Karnival SK Nuri. Program yang dirancang sejak 4 bulan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan murid dan masyarakat setempat.

Seawal jam 8.00 pagi lagi para pengunjung telah memenuhi perkarangan Padang SK Nuri bagi memeriahkan suasana. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah:
  1. Gerai Jualan badan beruniform dan persatuan
  2. Sukaneka
  3. Penubuhan Alumni SK Nuri
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Abdullah bin Mohammad, Timbalan Pengurus Besar FELDA, Y. Bhg. Dato’ Dzulkifli bin Abd. Wahab, Pakar Bedah Mata Hospital Pakar Damansara Dr Noraini Nadior dan Kolonel (B) Ahmad Azizah bin Mohd Zain.

Perasmian pembukaan dilakukan oleh En. Muhd Zain b. Kamarulzaman, Setiausaha Sulit kepada YB Dato' Hasan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan perasmian penutupan pula oleh YB Dato' Roslan bin Md. Yusof, Adun Kawasan Johol.

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Abdullah bin Mohammad mencabut kupon cabutan bertuah.


Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Abdullah bin Mohammad menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung yang bernasib baik. Turut kelihatan Pn. Azizah bt Ab. Manan, Guru Besar SK Nuri.

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Abdullah bin Mohammad meniup wisel untuk acara tarik tali.

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Abdullah bin Mohammad dan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, En. Muhd Zain b. Kamarulzaman melawat gerai jualan diiringi oleh YDP PIBG SK Nuri, En. Shaharudin b. Hj. Md Isa dan Guru Besar SK Nuri, Puan Azizah Bt. Ab. Manan.

Guru Besar SK Nuri, Puan Azizah Bt. Ab. Manan menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Abdullah bin Mohammad.

YDP PIBG SK Nuri, En. Shaharudin b. Hj. Md Isa menyampaikan cenderahati kepada Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, En. Muhd Zain b. Kamarulzaman

Pertandingan Mumia. Wah! Tak lemas ke budak tu?


Pertandingan Rebut Kerusi. Jaga-jaga, patah kerusi sila ganti.

Pertandingan Futsal di antara Prasekolah dan Pasti.

Pertandingan Teka Berat Durian dan Teka Kacang di Kaunter Kupon.

Agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan, Bomba, Polis dan AADK turut mengadakan pameran.

Acara Sukaneka untuk kaum ibu.

Sebahagian pengunjung yang memeriahkan Mini Karnival PIBG 2009.

Ucapan perasmian penutup oleh YB. Dato' Roslan b. Md. Yusof, ADUN Johol.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis Perasmian Penutup.

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Abdullah bin Mohammad menyampaikan cenderahati kepada Dr. Noraini Nadior.

Dr. Noraini Nadior menyampaikan hadiah basikal kepada pengunjung yang bertuah.

Adun Johol, YB. Dato' Roslan b. Md. Yusof menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah berupa televisyen kepada murid yang bertuah.

Catat Ulasan

0 Ulasan