Penubuhan Persatuan Alumni SK Nuri

Pada 4 Julai 2009, SK Nuri telah berjaya menubuhkan Persatuan Alumni sekolah. Program penubuhan Alumni bermula pada pukul 5.30 petang dengan jamuan minum petang bersama murid-murid tua SK Nuri dan kemudiannya saudara Saiful Yazan telah mempengerusikan penubuhan jawantankuasa Persatuan Alumni disaksikan oleh YB Dato' Roslan bin Md. Yusof, ADUN Kawasan Johol.

Majlis itu turut dihadiri oleh mantan murid-murid SK Nuri termasuklah Y. Bhg. Dato' Abdullah bin Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Y. Bhg. Dato’ Dzulkifli bin Abd. Wahab, Timbalan Pengurus Besar FELDA, Dr. Noraini Nadior, Pakar Bedah Mata Hospital Pakar Damansara, Kolonel (B) Ahmad Azizah bin Mohd Zain dan lain-lain.

Penubuhan Alumni diharap dapat membantu sekolah dalam segenap aspek supaya dapat melonjakkan kecemerlangan SK Nuri di masa akan datang.



Majlis Penubuhan Alumni dimulakan dengan jamuan minum petang.

Saudara Saiful Yazan bertindak sebagai pengerusi majlis perlantikan
Jawatankuasa Alumni SK Nuri.

Antara ibu bapa yang merupakan mantan murid SK Nuri turut menyertai majlis Penubuhan Alumni SK Nuri.

Catat Ulasan

0 Ulasan