Perkhemahan Perdana TKRS Peringkat NS

Baru-baru ini, SK Nuri telah menghantar 8 orang murid yang terdiri daripada 4 lelaki dan 4 perempuan untuk menyertai Perkhemahan Perdana TKRS Peringkat Negeri Sembilan yang bertempat di Kem Rimba Ilmu, Juaseh, Negeri Sembilan.

Program yang berjalan selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah memberi input berguna kepada mereka yang terlibat. Mereka didedahkan dengan teknik asas kawad kaki, ilmu perkhemahan, pembangunan rohani dan ujian mental dan fizikal.

Program yang bermula pada 13 Julai hingga 16 Julai 2009 ini turut dihadiri oleh kebanyakan sekolah-sekolah rendah di serata Negeri Sembilan.

Murid-murid yang terlibat ialah:
  1. Zahirul Adli bin Roslee 4B
  2. Muhamad Izdihar Iqmal bin Ismail 5B
  3. Muhammad Saifullah bin Daud 5B
  4. Muhammad Syakir bin Mohd Bakri 5B
  5. Noor Sufiyana Adawiyah binti Mohd Ismail 5P
  6. Nur Natasha Adilla binti Zainal 5B
  7. Nurul Syamira binti Mohamad 5B
  8. Nur Athirah binti Ismadi 5B

Catat Ulasan

0 Ulasan