LOGO BARU PPD KUALA PILAH (PPDKP)

Mungkin ramai yang belum tahu logo PPD Kuala Pilah telah bertukar. Saya sendiri pun baru tahu... :)... Al-maklumlah bab logo ni kita hanya ambil peduli apabila membuat kain rentang dan buku program. Masa tu barulah kita menggagau-gagau mencari logo itu dan ini.

Baru-baru ni semasa rakan setugas saya hendak membuat banner Program Rimup, dia dimaklumkan oleh Guru Besar SK Nuri Tuan Haji Mohd Kadzri b. Hj. Ibrahim bahawa logo PPDKP telah bertukar. Maka rakan setugas saya itu meminta saya carikan di Internet, tapi setelah bertanya kepada Encik "Google" tiada tertera logo baru itu.

Jadi saya nak berkongsi logo terbaru PPDKP dengan rakan-rakan guru semua terutamanya yang berada di daerah Kuala Pilah. Logo ini saya scan daripada sijil daripada PPDKP sendiri. Kalau sesiapa teringin nak download, sila-silakanlah. Jangan malu-malu. Walaupun logo ni tak lah perfect sangat, tapi kata orang "tiada rotan akar pun berguna" sementara kita menantikan logo yang akan diupload oleh pihak PPDKP.
- admin


Catat Ulasan

0 Ulasan