Majlis Perpisahan Guru Besar dan GPK

Pada 8 Oktober 2009, satu Majlis Perpisahan Guru Besar Cemerlang SK Nuri, Puan Azizah binti Ab. Manan, GPK Kokurikulum Encik Muhamad Nasir bin Hj. Mustafa dan Ustazah Nurhafizah telah diadakan di Hotel Desa Inn Kuala Pilah.

Majlis yang bermula jam 3.00 petang itu adalah anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Nuri dan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Nuri.



Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah iaitu Tuan Haji Mat Rohani bin Kamar dan Dr.Hj.Zawawi bin Hj.Hassan Penolong PPD Kuala Pilah, Guru Besar SK Nuri Tuan Haji Mohd Kadzri bin Haji Ibrahim dan YDP PIBG SK Nuri Encik Shaharudin bin Hj. Md Isa.

Pengacara pada Majlis itu ialah Puan Azlina binti Mohammad Yunus. Pada akhir majlis, cenderamata telah diberikan kepada Puan Azizah dan En. Muhammad Nasir sebagai memperingati jasa-jasa mereka sepanjang berada di SK Nuri.


 

 

 






Catat Ulasan

0 Ulasan