Program School Attack TV3 di SK Nuri

Pada tarikh 19 April 2010, SK Nuri telah menempa satu sejarah baru di mana ia didatangi oleh sekumpulan Krew "School Attack" TV3. Program yang bermula jam 8.30 pagi ini bermula dengan sesi pengenalan Krew "School Attack". Turut hadir memeriahkan aktiviti ini ialah Maria Tunku Sabri iaitu hos popular bagi rancangan Jalan-jalan Cari Makan.

SK Nuri dipilih kerana inisiatif Pn Norhayati bt. Abd. Wahab selaku Penyelaras PSS yang menjemput mereka untuk datang ke sekolah sebagai bukti jalinan kerjasama di antara pihak sekolah dan pihak swasta.
Program School Attack ini mengandungi pelbagai acara yang melibatkan 150 orang murid dan guru-guru SK Nuri. Rancangan ini turut ditaja oleh Milo dan aiskrim Mat Kool.

Pihak SK Nuri mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Krew "School Attack" TV3 kerana sudi mengunjungi SK Nuri untuk melaksanakan program tersebut.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat diuploadkan. Gambar lain akan menyusul kemudian.

Hip hip horeeyyyyyy!


Guru besar SK Nuri bertukar-tukar cenderamata dengan wakil Krew "School Attack" TV3

Krew "School Attack" TV3 sempat menyanyikan lagu di akhir program.

Catat Ulasan

0 Ulasan