Program Restu Upsr 2016

PROGRAM RESTU UPSR 2016

 
Pada 2 September 2016 bersamaan Hari Jumaat telah diadakan Program Restu UPSR 2016 bagi murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR tahun 2016.

Program telah diadakan di kantin sekolah pada jam 8.30 pagi. Guru Besar, Encik Mohamad Zahari bin Bahaman, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, YDP PIBG Encik Radzi bin Hassan dan AJK PIBG hadir di dalam program tersebut.

Murid-murid mendengar tips-tips dan amanat terakhir sebagai azimat sebelum menduduki peperiksaan pada 5 September 2016.

Murid-murid juga berpeluang bermaaf-maafan dengan semua guru agar segala ilmu yang dipelajari selama ini beroleh keberkatan.


Catat Ulasan

0 Ulasan