Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Qiamulail UPSR dan UPKK 2017

Demi memohon keberkatan kepada Yang Maha Esa, satu Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Qiamulail UPSR dan UPKK telah diadakan pada 19 dan 20 Ogos 2017 yang lalu bertempat di Dewan SK Nuri.

Program bermula dengan pendaftaran murid dan ibubapa jam 6.00 petang. Seterusnya sembahyang Maghrib berjemaah diimamkan oleh Ustaz Radzi bin Abu Hassan, YDP PIBG SK Nuri. Selepas itu diadakan pula Solat Hajat secara berjemaah diimamkan oleh Ustaz Haji Kamarusman bin Isa, GPK Kokurikulum SK Nuri. Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan tazkirah oleh Ustaz Haji Kamarusman bin Isa.

Jam 9.30, selepas solat Isyak, semua hadirin menikmati jamuan makan malam di kantin sekolah. Murid UPKK pulang ke rumah masing-masing, manakala murid UPSR meneruskan program motivasi dikendalikan oleh bekas pelajar Maahad Ahmadi Gemencheh.

Pada pukul 4.00 pagi pula, calon-calon UPSR menyertai Qiamulail di dewan sekolah. Program tamat jam 8.00 pagi.


Pendaftaran murid dan penjaga

Pendaftaran murid dan penjaga



Ucapan ringkas oleh Guru Besar, Encik Mohamad Zahari bin Bahaman






Catat Ulasan

0 Ulasan