Program Negaraku Sehati Sejiwa anjuran Komuniti 1 Malaysia Kuala Pilah

Pada 16 Ogos 2017, SK Nuri telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Program Negaraku Sehati Sejiwa anjuran Komuniti 1 Malaysia Kuala Pilah dan Jabatan Penerangan Kuala Pilah. Program bermula pada jam 7.45 pagi sehingga 12.30 tengahari dengan pelbagai pengisian.

Program dimulakan dengan Perarakan Merdeka di sekitar Taman Air Mawang dan Rumah Rakyat Air Mawang. Kemudian disusuli dengan Tayangan Gambar Dugaan Negara daripada Jabatan Penerangan.

Selepas rehat, murid masuk semula ke dewan untuk mengikuti upacara perasmian oleh ADUN Johol, YB Tuan Haji Abu Samah bin Mahat. Turut hadir ialah Timbalan PPD Kuala Pilah, pemimpin masyarakat setempat, Ketua Balai Polis Johol, Wakil DO Kuala Pilah dan pimpinan Komuniti 1 Malaysia.

Selepas itu, penyampaian hadiah kepada peserta sajak, pertandingan mewarna, pakaian beragam kemerdekaan dan guru patriotik.

Majlis tamat jam 12.30 tengahari.



Perarakan Merdeka




Antara pemenang Pakaian Beragam Kemerdekaan

Pemenang Guru Patriotik, Pn Nor Hayati dan Puan Dahlia



Catat Ulasan

0 Ulasan