Sambutan Hari Sukan Negara SK Nuri 2017

13 Oktober 2017 (Jumaat) - Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah dimulai dengan bacaan Yasin dan Tahlil di Surau SK Nuri. Jam 8.30 pagi, murid-murid tahun 3 hingga tahun 6 menyertai acara Larian SKN sejauh 4 kilometer di sekitar Air Mawang sementara murid tahun 1 dan 2 menyertai aktiviti mewarna di kantin sekolah. Larian ini turut dibantu oleh anggota polis daripada Balai Polis Pekan Johol.

Seterusnya, aktiviti sukaneka di jalankan di padang sekolah. Setiap rumah sukan perlu menyediakan 5 kumpulan yang terdiri daripada murid tahap 1. Acara yang dipertandingkan ialah Mencari Gula Tersembunyi, Mengisi Air Dalam Botol, Melempar Pundi Kacang, Melempar Gelung Rotan dan Semakin Jauh Semakin Sayang. Bagi acara guru lelaki pula ialah Tarik Tali dan guru perempuan ialah Semakin Jauh Semakin Sayang.

Selepas rehat, semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah. Acara penyampaian hadiah dimulakan dengan ucapan Guru Besar, Encik Mohamad Zahari bin Bahaman seterusnya ialah majlis penyampaian hadiah bagi acara yang berlangsung pada hari ini.

Juara keseluruhan bagi acara sukaneka milik Rumah Hijau. Tahniah!





















Catat Ulasan

0 Ulasan