Selamat Maju Jaya Ustazah Nurhafizah

Kami warga SK Nuri ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ustazah Nurhafizah yang kini berkhidmat di SK Klian Pauh, Perak. Beliau yang merupakan seorang guru J-QAF telah berpindah pada Jun lalu.

Sepanjang 2 tahun di SK Nuri, beliau telah banyak membantu pihak sekolah di dalam pelbagai aspek. Beliau pernah diamanahkan menguruskan bilik Akses dan mengambil inisiatif sendiri untuk membangunkan blog sekolah. Di antara tugas favourite beliau ialah membuat buku program bagi kebanyakan program yang dilaksanakan di sekolah.

Walau apa pun, segala kenangan pahit manis bersama beliau di SK Nuri akan tetap kami pahat dalam ingatan selamanya.

Semoga beliau terus menerus menyumbangkan jasa dan bakti di sekolah baru beliau.

Terima kasih Ustazah!

Catat Ulasan

0 Ulasan