Sejarah Sekolah Kebangsaan Nuri

 

 
Mengikut sejarah, tapak asal sekolah ini terletak di Parit iaitu antara Kampung Nerusa dan Nuri.  Didirikan pada tahun 1903 atas usaha dan inisiatif  Datuk Menteri dan Datuk Gempa dengan bilangan murid seramai 30 orang.  Bangunan  sekolah pada ketika itu merupakan sebuah pondok berukuran 20’ x 20’ , berdinding pelupuh, beratap rumbia dan berlantaikan pasir.

Pada tahun 1907, sekolah ini  telah dipindahkan ke Nuri kerana pertambahan bilangan penduduk di sekitar Air Mawang. Sebuah bangunan papan dengan ukuran 15’ x 30’  telah  didirikan dan dinamakan Sekolah Melayu Nuri.

Pada tahun 1930  bangunan tambahan telah dibina menjadikan sekolah berbentuk  ‘L’.  Pada tahun 1949 sebuah lagi bangunan tambahan didirikan oleh penduduk kampung.


 
Pada tahun 1952, dua buah bangunan tambahan telah didirikan oleh kerajaan  Negeri Sembilan dan adat istiadat pembukaan telah   dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Dato’ Undang Abdul Manap. 
 


 
 

 
 
 
 
 
 
Pada tahun 1958  nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Umum Nuri.  Setahun kemudian dipinda lagi kepada Sekolah Kebangsaan Nuri hingga ke hari ini.

Pada tahun 1975 sebuah bangunan baru setingkat telah dibina  oleh kerajaan negeri bagi menampung bilangan murid yang kian bertambah. 



 
Pada tahun 2002, kerajaan telah membina dua buah  bangunan dua tingkat di padang sekolah untuk memberi keselesaan kepada warga sekolah. Bangunan ini menyediakan ruang dan kemudahan  bilik-bilik seperti Pusat Sumber, Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Kesihatan, Bilik Muzik, SPBT, Pejabat, Bilik Guru, Dewan, Surau dan Bilik Wuduk.
 

 
 
Pada Tahun 2017, kerajaan telah membina dua blok bangunan beserta tandas di atas tapak bangunan Blok B (Pra Sekolah) yang telah rosak disebabkan faktor usia dan serangga perosak. Projek pembinaan tersebut diluluskan di bawah skim Sekolah Dhaif.
 

Catat Ulasan

0 Ulasan