Latihan Keselamatan : Orang Gila / Mengamuk Siri 1/2009



Pada 4 Ogos 2009, Jawantankuasa Keselamatan SK Nuri yang diketuai oleh Pn. Dahlia telah mengadakan Latihan Keselamatan yang melibatkan orang gila atau mengamuk.

Latihan bermula jam 11.35 pagi dan tamat pada jam 11.50 pagi. Didapati murid-murid berjaya mengambil langkah-langkah keselamatan seperti mengunci pintu dan tingkap bilik darjah dan duduk dalam keadaan senyap apabila mendengar loceng amaran terputus-putus. Masa yang diambil oleh murid untuk mengunci pintu dan tingkap bilik darjah ialah 90 saat.

Walaupun kes yang melibatkan orang gila/mengamuk belum pernah berlaku di SK Nuri, tetapi sekolah sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dengan mengadakan latihan sebegini saban tahun.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga SK Nuri di dalam menjayakan aktiviti ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan