Mufti ke-4 Kerajaan Negeri Sembilan
Pada tahun 1966, beliau memperolehi Sijil Tinggi di Kolej Islam Malaya Petaling Jaya, serta Diploma Pendidikan pada tahun 1969. Kemudian pada tahun 1970 sehingga 1972, beliau menyambung pengajian BA Usuludin, Jurusan Tafsir & Hadith, ke luar negara iaitu di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Seterusnya di universiti yang sama beliau berjaya memperoleh MA Syariah dalam Jurusan Fiqh Perbandingan.
Beliau memulakan karier sebagai guru di beberapa buah sekolah seperti Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Seremban (SUMT) dan sebagai Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama Seremban (SMKU).
Seterusnya beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengetua di beberapa buah sekolah terkenal seperti SMKA Seremban ,SMA Wilayah Persekutuan, SMKA Labu, SMKA Syarifah Rudhiah, Melaka ,SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said Seremban dan Maktab Perguruan Islam Bangi.
Selain itu, beliau juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ketua Panel Penterjemah dan Penyunting Kitab Fiqh-Manhaji, Ketua Panel Penyunting Kitab ‘Aqidah Islamiyah’, Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah.
Beliau mula dilantik sebagai Mufti keempat Kerajaan Negeri Sembilan menggantikan Datuk Mohd Murtadza Ahmad pada 1 April 2009.
Sepanjang berkhidmat beliau dikurniakan 3 pingat iaitu Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah, Negeri Sembilan 1425 H/2005 Masihi, Lencana Terima kasih daripada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru.
0 Ulasan