Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Guru-guru SK Nuri mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2009 kepada seluruh murid SK Nuri yang akan menduduki peperiksaan tersebut bermula 2 - 5 November 2009.


Murid-murid akan menduduki peperiksaan selaras seluruh Negeri Sembilan bagi matapelajaran teras (BM, BI, SAINS, MATEMATIK) dengan menggunakan soalan peperiksaan BUKTI bagi Tahap 1 dan PESTLE bagi Tahap 2.

Bagi subjek lain seperti Kemahiran Hidup, PJK, Seni dan lain-lain akan disediakan sendiri oleh Panitia yang berkenaan.

Kami mengucapkan Selamat Berjaya dan berharap semua murid dapat menjawab semua soalan dengan baik.

Tips Peperiksaan :
1. Jawab semua soalan. Jangan tinggalkan jawapan dalam keadaan kosong.
2. Apabila selesai menjawab sila semak semula jawapan anda.
3. Sediakan alatulis secukupnya seperti pensil, pemadam dan pembaris.
4. Baca doa sebelum menjawab soalan.
5. Pastikan mendapat rehat secukupnya pada malam sebelum peperiksaan.
6. Tulis jawapan dengan baik dan kemas agar mudah dibaca oleh pemeriksa.
7. Bagi matapelajaran Matematik, tunjukkan jalan kiraan anda.
8. Jangan gopoh dan tergesa-gesa ketika menjawab soalan. Fahami kehendak soalan terlebih dahulu.

SEMOGA BERJAYA !

Catat Ulasan

0 Ulasan