PROGRAM SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH SK NURI 2009

Pada 28 Oktober 2009, Sekolah Kebangsaan Nuri telah mengadakan Program Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 Peringkat Sekolah. Program tersebut bermula pada jam 7.30 pagi di Dataran Perhimpunan SK Nuri yang turut dihadiri oleh seluruh guru dan murid-murid.

Acara pada pagi tersebut dipengerusikan oleh Ustazah Kuziah binti Hussin. Program bermula dengan Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Sembilan dan Lagu Sekolah. Kemudian, majlis disusuli dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Nur Alyya Najihah bt. Mohamad Zahari dari kelas 6 Bestari. Seterusnya Ustaz Mohd Rosdi bin Sulaiman telah mengetuai bacaan doa.



Perasmian Program Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Hamijah Binti Hassim, Guru Penolong Kanan 1 SK Nuri.

Aktiviti persembahan murid dimulakan dengan persembahan koir oleh murid-murid tahun 5 Bestari. Kemudian semua hadirin mendengar pidato yang disampaikan oleh Nurhidayah binti Ali dari kelas 6 Bestari. Selepas itu, para hadirin berpeluang mendengar cerita Pak Kaduk yang disampaikan oleh Norizzah Syazana dari kelas 6 Bestari dan cerita Nilam daripada Norarifah binti Shaharudin dari kelas 4 Bestari. Acara berakhir dengan bacaan Sajak oleh Mohd Syakir dari kelas 5 Bestari.

Program tamat jam 8.30 pagi.



Murid-murid SK Nuri berkhimpun di Tapak Perhimpunan.

 
Pn Kuziah mempengerusikan program Bulan Bahasa


GPK 1 SK Nuri, Pn Hajah Hamijah bt Hassim memberikan ucapan.


Persembahan koir oleh murid-murid tahun 5 Bestari


Nurhidayah binti Ali dari kelas 6 Bestari menyampaikan pidato.


Norizzah Syazana dari kelas 6 Bestari menyampaikan cerita Pak Kaduk


Norarifah binti Shaharudin dari kelas 4 Bestari menyampaikan cerita Nilam.


Bacaan Sajak oleh Mohd Syakir dari kelas 5 Bestari.


Murid-murid setia mengikuti acara yang dirancang.






Catat Ulasan

0 Ulasan