Sambutan Hari Kemerdekaan ke-50





Pada 30 Ogos 2007, SK Nuri mengadakan Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-5o. Perarakan ini turut disertai oleh murid-murid dan para guru dari SRJK (C) Yoke Hua, Air Mawang Johol. Acara ini bermula pada pukul 8.00 pagi dimulai dengan perarakan sekitar Air Mawang dan berkumpul semula di tapak perhimpunan SK Nuri. Kemudian bacaan perutusan dari DYMM Agong, Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia disampaikan sebelum menyanyikan lagu-lagu patriotik. Acara sambutan ini tamat pada jam 10.00 pagi. Warga SK Nuri mengucapakna jutaan terima kasih atas segala kerjasama semua pihak terutamanya daripada warga SRJK (C) Yoke Hua. Sekian, Malaysiaku Gemilang...

Catat Ulasan

0 Ulasan