Perjumpaan tiga penjuru




Pada hari ini, 9 Julai 2008 bersamaan dengan hai Rabu, SK Nuri telah mengadakan perjumpaan 3 penjuru di antara guru, murid dan ibu bapa. Di samping menandatangani Buku Rekod Prestasi Murid, ibu bapa berpeluang untuk mengetahui permasalahan anak mereka semasa di sekolah sama ada dari segi pembelajaran, pergaulan bersama rakan atau apa sahaja yang berkaitan dan mengenali dengan lebih rapat guru yang mengajar anak mereka. Program yag julung kali diadakan ini bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga pukul 1.35 petang mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak. Semoga dengan program ini akan lebih mengeratkan hubungan yang terjalin dan kerjasama yang baik di antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam melahirkan bakal pemimpin masa depan yang cemerlang, gemilang, terbilang...

Catat Ulasan

0 Ulasan