JUTAAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN

JUTAAN TERIMA KASIH ! Itulah yang mampu diucapkan oleh pihak pengurusan SK NURI kepada GITN. Zoom-A, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, PPD Kuala Pilah, PKG Johol dan pihak-pihak yang berkaitan di dalam meningkatkan capaian program Zoom-A di sekolah kami.

Hari ini 30 Ogos 2008, masalah capaian Zoom-A yang berlarutan bertahun lamanya dapat diselesaikan. Proses pengujian capaian telahpun dijalankan pada hari ini dan kami dapati kesemua 26 PC di Makmal ICT kami dapat mencapai web Zoom-A dengan baik sekali.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih di atas keprihatinan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Dato' Abdullah bin Mohammad di atas kesudian beliau turun padang ke SK Nuri bersama-sama pegawai-pegawai dari PPD Kuala Pilah dan JPNS pada Rabu, 27 Ogos 2008 semata-mata untuk meninjau perkembangan Program Zoom-A di sekolah ini.

Sesungguhnya usaha yang besar ini dapat menatijahkan hasil yang besar bagi murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR dalam masa terdekat ini.

TERIMA KASIH SEMUA!

Catat Ulasan

0 Ulasan