Persembahan Projek PBL Kategori Sekolah Rendah


Setinggi-tinggi ucapan tahniah pada kelas 5 Bestari SK Nuri di atas kejayaan mempersembahkan Project Based Learning dengan jayanya pada hari ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada guru pembina projek ini iaitu Ustazah Norhafizah bt Abdul Hamid dan Ustazah Ruziana bt Alwi yang berjaya memberi komitmen sepenuhnya kepada projek ini serta guru-guru lain sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga projek yang telah bermula sejak 10 Julai 2008 yang lalu ini berjaya memperkembangkan ilmu pengetahuan dan membina lebih keyakinan pelajar untuk bercakap di khalayak ramai. Bahkan dapat mengharumkan lagi nama SK Nuri di Pertandingan PBL peringkat negeri pada bulan Oktober 2008 nanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan