SELAMAT MAJU JAYA MURID-MURID TAHUN 6 !

Esok, 9 September 2008 bermulalah perjuangan murid-murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR secara serentak di seluruh negara. Kami guru-guru SK Nuri sentiasa mendoakan agar kesemua 50 calon UPSR kami sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk daripada Ilahi sepanjang mereka menduduki peperiksaan tersebut.

Bukan sedikit usaha guru-guru untuk mempersiapkan mereka menghadapi peperiksaan yang getir ini. Program-program seperti motivasi, Qiamulail, Ujian, kelas tambahan, nota-nota tambahan dan pelbagai lagi telah pun dilaksanakan untuk tujuan tersebut.

Kini, kesemua murid itu hanya perlu memegang sabit dan menuai hasil usaha mereka selama ini. Sudah pasti mereka yang rajin akan memperolehi hasil yang berlipat ganda.

Semoga murid-murid berjaya mengorak langkah pertama di alam persekolahan ini dengan penuh semangat waja!


Catat Ulasan

0 Ulasan