Perkhemahan Badan Beruniform 2008


Sebagai salah satu aktiviti penghujung tahun, pada 29 Oktober 2008, Unit Kokurikulum telah menganjurkan perkhemahan Badan Beruniform di Padang SK Nuri. Walaupun tidak bermalam,pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi memberi pengalaman dan pendedahan mengenai aktiviti perkhemahan seperti aktiviti mendirikan khemah,memasak dan membuat ikatan. Tahniah dan jutaan ucapan terima kasih kepada semua warga Sk Nuri yang tela menjayakan aktiviti tahunan ini.
Pada masa yang sama juga, tepat jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Sk Seri Pilah, satu Majlis Khatam bagi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kuala Pilah. Seramai 8 orang murid sekolah ini yang telah khatam terpilih menghadiri program ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan