Apakah GPS?

Terdapat beberapa murid yang bertanyakan kepada saya tentang apakah yang dimaksudkan dengan GPS yang terdapat di dalam Header Blog SK Nuri.

Untuk pengetahuan semua GPS ialah singkatan kepada Global Positioning System iaitu sistem perantauan yang melibatkan satelit dan komputer yang boleh menentukan latitud dan longitud sesuatu kawasan di atas muka bumi.

GPS bagi SK Nuri saya perolehi dengan menggunakan Garmin Mobile XT iaitu N02º 33.442’ E102º 15.058 di mana N (North) ialah garis longitud dan E (East) ialah garis latitud. Titik pertindihan di antara kedua-dua garis ini ialah lokasi SK Nuri.

Latitud dan Longitud
Gambar ihsan http://www.mapsofworld.com

Selain Garmin Mobile XT, terdapat banyak lagi perisian yang boleh menentukan sesuatu lokasi seperti Google Earth, Google Maps dan perisian GPS yang terdapat di dalam telefon bimbit seperti Nokia dan Sony Ericsson.

Koordinat GPS itu amat penting bagi mereka yang belum pernah datang ke SK Nuri. Mereka hanya perlu memasukkan koordinat itu di dalam perisian GPS dan perisian itu akan menentukan jalan manakah yang perlu diikuti untuk sampai ke SK Nuri.

Catat Ulasan

0 Ulasan