Latihan Kebakaran Siri 2/2009

Pada hari Isnin, 3 Ogos 2009, Jawatankuasa Keselamatan SK Nuri telah mengadakan Latihan Kebakaran Siri 2/2009. Latihan kebakaran ini bermula jam 10.00 pagi apabila loceng amaran kebakaran dibunyikan.

Latihan kebakaran yang diketuai oleh Cikgu Mohd Fadil bin Baharom ini mahu menguji sejauhmana kepekaan warga SK Nuri seperti guru, murid, staf, pekerja kantin dan pekerja sekolah di dalam menghadapi bencana khususnya kebakaran. Hasilnya, semua warga SK Nuri berjaya mengosongkan bangunan sekolah dan berkumpul di Padang Sekolah dalam masa 4 minit.

Setibanya murid-murid di padang, ketua setiap kelas dikehendaki melaporkan bilangan murid di dalam kelas mereka samada mencukupi ataupun tidak kepada Guru Penolong Kanan HEM, Encik Kamal bin Abdul Rahman.

Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari seluruh warga SK Nuri. Program ini tamat pada 10.30 pagi


Guru dan pengawal keselamatan membantu murid-murid melintasi jalan ke padang.


Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing

Ketua atau penolong kelas akan melaporkan bilangan ahli kelas kepada Guru Penolong Kanan HEM, Encik Kamal bin Abdul Rahman.


Encik Mohd Fadil bin Baharom menerangkan prosedur keselamatan yang perlu diikuti oleh semua warga SK Nuri

Catat Ulasan

0 Ulasan