Pra UPSR : Tahniah dan Usaha Lagi

Tahniah diucapkan kepada tiga orang murid SK Nuri yang berjaya memperoleh 5A di dalam peperiksaan Pra UPSR yang diadakan pada 27 Julai 2009 yang lalu. Mereka yang berjaya mendapat 5A ialah:

1. MUHAMMAD AQMAL BIN HAMZAH
2. ANIS NABILAH BTE ARIFIN
3. NUR ALYYA NAJIHAH BT MOHAMAD ZAHARI

Kepada murid-murid yang lain diharap dapat meningkatkan lagi usaha untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR yang akan datang. Manfaatkan cuti pertengahan penggal kedua nanti untuk mengulangkaji dan membuat latih-tubi.

Kami guru-guru SK Nuri sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.

Catat Ulasan

0 Ulasan