Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H / 2009M


Warga SK Nuri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H / 2009M kepada semua murid, bekas murid, guru-guru, kakitangan, pekerja sekolah, pengunjung blog, PPD Kuala Pilah, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan serta seluruh warga Malaysia.

Di kesempatan ini, kami memohon maaf zahir dan batin sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kami berkhidmat di sekolah ini.

Diharapkan semoga segala amal ibadat kita pada bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah s.w.t dan diberikan ganjaran pahala yang besar.

Ketika berhari raya ingat langkah keselamatan yang perlu diambil terutamanya ketika wabak H1N1 sedang berleluasa. Ketika menziarah pastikan langkah keselamatan diutamakan seperti:

  1. Basuh tangan dengan bersih selepas bersalam-salaman mengguanakan sabun
  2. Jauhkan diri sekurang-kurangnya jarak 1 meter dari orang yang kurang sihat
  3. Pakai penutup mulut untuk mengelakkan jangkitan
Begitu juga bagi mereka yang pulang ke kampung, pandulah kenderaan dengan berhati-hati. Elakkan tergesa-gesa dan tergopoh-gopoh ketika pulang ke kampung.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Catat Ulasan

0 Ulasan