Sekitar Majlis Perpisahan Pn. Azizah bt. Ab. Manan

Pada hari Rabu, 30 September 2009 satu majlis perpisahan ringkas diadakan di perkarangan Astaka SK Nuri bagi mengucapkan Salam Perpisahan kepada Guru Besar SK Nuri iaitu Pn. Azizah binti Ab. Manan yang akan bertugas sebagai Guru Besar di SK Tampin selepas ini.

Majlis yang diadakan pada jam 12.15 tengahari itu dihadiri oleh seluruh murid SK Nuri yang beratur panjang bagi bersalam-salaman dengan Guru Besar dan mengucapkan Salam Perpisahan. Semua guru dan staf juga turut bersama-sama mengiringi Guru Besar pada majlis tersebut.

Pada kesempatan itu Guru Besar turut mengingatkan semua guru agar sentiasa meneruskan amalan-amalan positif yang telah dibuat sepanjang beliau berada di sini dan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada Guru Besar yang baru iaitu Tuan Haji Mohd Kadzri bin Haji Ibrahim.

Beliau turut berpesan kepada murid-murid supaya meningkatkan lagi penguasaan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Majlis perpisahan itu tamat jam 12.40 tengahari. Kami semua mengucapkan Selamat Maju Jaya di mana sahaja beliau berada.


Murid-murid berbaris untuk bersalam-salaman dengan Guru Besar, Puan Azizah binti Ab. Manan.





Murid-murid bersalam-salaman dengan Guru Besar, Puan Azizah binti Ab. Manan sambil mencupkan salam perpisahan. Turut mengiringi ialah GPK Kurikulum Puan Hamijah binti Hassim dan GPK HEM Encik Kamal bin Abdul Rahman.



Guru-guru turut mengucapkan salam perpisahan dan bersalam-salaman dengan Guru Besar.

Catat Ulasan

0 Ulasan