Selamat Datang Tuan Haji Mohd Kadzri bin Haji Ibrahim

Kami warga SK Nuri mengucapkan “Selamat Datang” dan “Selamat Bertugas di SK Nuri” kepada Guru Besar yang baru iaitu Tuan Haji Mohd Kadzri bin Haji Ibrahim yang mula bertugas di SK Nuri mulai 16 September 2009. Beliau menggantikan Puan Azizah binti Ab. Manan yang dilantik menjadi Guru Besar SK Tampin mulai tarikh yang sama.

InsyaAllah, kami semua akan memberikan komitmen yang baik kepada Guru Besar yang baru untuk meneruskan kecemerlangan SK Nuri dan mencapai Visi yang telah ditetapkan iaitu “SK Nuri Unggul Pada Tahun 2011”.

Catat Ulasan

0 Ulasan