Lawatan Benchmarking PSS SK Nuri ke SK Serting (F)

Pada 26 Januari 2010, seramai 8 orang guru SK Nuri mengadakan lawatan Benchmarking PSS ke SK Serting Felda berhampiran dengan Bandar Baru Serting, Jempol, Negeri Sembilan. Lawatan yang diketuai oleh GPK HEM, Encik Kamal bin Abdul Rahman ini disambut dengan penuh mesra oleh guru-guru SK Serting Felda yang diketuai oleh Encik Abdul Rashid selaku guru besar di sana. Guru-guru lain yang turut serta ialah GPK Koko Puan Norliza, GPM Puan Norhayati, Puan Nor Fauziah, Puan Suria, Puan Ruziana, Cik Haflida dan En. Wan Muhd Firdaus.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri keadaan PSS SK Serting Felda yang mendapat Naib Johan PSS Kategori Luar Bandar Peringkat Kebangsaan selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008. Ini kerana SK Nuri akan mewakili Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan untuk pertandingan PSS Kategori Luar Bandar tahun 2010.

Kami dihidangkan dengan tayangan multimedia berkenaan PSS dan seterusnya dibawa melawat ke PSS dan sekitar kawasan sekolah. Antara tempat-tempat yang kami lawati ialah Perpustakaan, Bilik APD, Makmal Komputer dan pondok-pondok ilmu di sekitar kawasan SK Serting (F).

Terlalu banyak ilmu yang dapat kami timba sepanjang lawatan kami ke sana. Kami guru-guru SK Nuri mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala layanan baik dan info-info yang diberikan kepada kami sepanjang berada di sana.

 

  

  

 

Catat Ulasan

0 Ulasan