Larian Merentas Desa 2010

Pada 3 Februari 2010 yang lalu, Unit Kokurikulum SK Nuri telah mengadakan Larian Merentas Desa bagi murid-murid tahun 4 hingga tahun 6. Acara ini bermula jam 3.00 petang.

Acara merentas desa ini melibatkan trek larian sejauh 2 km di sekitar kampung berdekatan sekolah. Murid-murid dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning.



Pelepasan telah dilakukan oleh Guru Besar SK Nuri, Tn. Hj. Mohd Kadzri bin Hj. Ibrahim. Setiap peserta akan menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing untuk anugerah Juara Keseluruhan pada Sukan Sekolah yang akan diadakan pada 10 Mac 2010 yang akan datang.

 
 Peserta bersiap sedia memakai nombor mengikut rumah sukan masing-masing.

  
 Mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru.

  
 Peserta memanaskan badan sebelum memulakan larian.

  

 
 1,2,3... Murid memulakan larian

Catat Ulasan

0 Ulasan