Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 Tahun 2010

Pada 19 Februari 2010, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 telah diadakan di dewan SK Nuri. Mesyuarat yang bermula jam 3.00 petang itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Hassan bin Malek, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. Turut hadir ialah semua guru SK Nuri, Ketua-ketua kampung dan ibubapa.

YB Dato' Hassan bin Malek turut menyampaikan cenderamata kepada murid-murid yang cemerlang UPSR pada tahun 2009.

Ustaz Radzi telah dipilih sebagai YDP PIBG sesi 2010/2011 bagi menggantikan Encik Shaharudin b. Hj. Md Isa manakala YDP PIBG pula ialah Ustaz Suffian menggantikan Encik Roslee b. Muhammad.

 
 YB Dato' Hassan bin Malek menyampaikan cenderamata kepada pelajar cemerlang UPSR 2010

  
 Dari kiri : Guru Besar SK Nuri, Dato Hasan Malek dan YDP PIBG SK Nuri 2009

  
 Pendaftaran ibubapa.

  
 Sebahagian ibu bapa yang hadir.

 
 Ucapan oleh Ustaz Radzi, YDP PIBG yang baru bagi sesi 2010/2011

Catat Ulasan

0 Ulasan