Sukantara SK Nuri 2010

Pada 10 hingga 11 Februari 2010, SK Nuri mengadakan Sukantara yang bertempat di Padang SK Nuri. Sukan ini melibatkan semua murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Antara acara yang dipertandingkan ialah larian 100m, lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi.

Sukan ini diadakan bagi memilih wakil rumah sukan bagi Sukan SK Nuri yang akan diadakan pada 10 Mac 2010 yang akan datang.

Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar.

 
 Murid mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Abu Zaini.

  
  
 Larian 100 meter.

  
 Acara lontar peluru.

  

  
 Bergaya... Murid berjaya melompat dalam acara lompat tinggi.

 
 Ceria... Murid-murid kelihatan begitu gembira mengambil bahagian dalam Sukantara ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan