Tahniah Hasanah! Tokoh Doktor Muda Negeri Sembilan 2015

 TOKOH DOKTOR MUDA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Hasanah binti Bakhtier Effandy tahun 6 Bestari kerana sekali lagi telah mengharumkan nama SK Nuri. Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Doktor Muda Peringkat Negeri Sembilan pada Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di SK Puteri pada 30 Mei 2015.

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang telah membimbing beliau tanpa penat lelah. Juga terima kasih diucapkan kepada keluarga beliau yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah.

Sebelum ini, beliau telah terpilih sebagai Tokoh Nilam Kategori Bahasa Inggeris bagi Sekolah Rendah Negeri Sembilan.

Semoga dengan kejayaan ini mendorong lebih ramai lagi murid SK Nuri mencapai kecemerlangan di masa hadapan.



Catat Ulasan

0 Ulasan