Hari Anugerah Kualiti Sekolah Kebangsaan Nuri Tahun 2015

HARI ANUGERAH KUALITI SEKOLAH KEBANGSAAN NURI TAHUN 2015

Pada 18 November 2015, bersamaan hari Rabu, SK Nuri telah mengadakan Hari Anugerah Kualiti yang bertempat di Dewan SK Nuri. Majlis tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu Encik Saiful Yazan bin Sulaiman selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bank Rakyat, Wakil PPD Kuala Pilah iaitu Abd Sidek bin Md Salleh, Pegawai Polis Angkat SK Nuri, Mantan Guru Besar SK Nuri iaitu Puan Hajjah Hamijah binti Hassim, Mantan GPK Kokurikulum SK Nuri iaitu Puan Nor Liza binti Bahaman, Ketua-ketua masyarakat setempat dan ibubapa.

Pada majlis tersebut telah disampaikan hadiah kecemerlangan sekolah sepanjang tahun 2015 seperti Anugerah Kelas Agama Petang, Anugerah Akademik, Anugerah Tokoh Murid, Anugerah Kehadiran Penuh dan Anugerah-anugerah yang berjaya dicapai oleh sekolah pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini termasuk PIBG SK Nuri, guru-guru dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.




Catat Ulasan

0 Ulasan