Program Rintis Ulul Albab 'Memartabatkan Al-Quran Memperkasakan Solat'

Pada tahun 2016, SK Nuri telah melaksanakan Program Rintis Ulul Albab 'Memartabatkan Al-Quran Memperkasakan Solat' bagi mengukuhkan penghayatan agama Islam kepada semua murid SK Nuri. Program ini melibatkan semua guru dan murid SK Nuri.

Di antara pengisian program tersebut ialah:

1. Program membaca Al-Quran setiap hari bermula 7.15 - 7.45 pagi. (bermula 12 Januari 2016)

2. Solat Zuhur berjemaah pada hari Isnin - Khamis. (bermula 11 Januari 2016)

3. Azan Zuhur akan berkumandang dialunkan oleh murid setiap kali masuk waktunya. (bermula 11 Januari 2016)


Semoga dengan program sebegini dapat mengukuhkan lagi penghayatan agama di dalam jiwa setiap murid SK Nuri.


Catat Ulasan

0 Ulasan