Sambutan Maulidur Rasul 1437H / 2016M

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437H/2016M PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN NURI

Alhamdulillah, pada hari Khamis, 25 Februari 2016 bersamaan 16 Jamadil Awwal 1437h yang lalu telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Nuri.


Majlis bermula jam 7:45 pagi dan tamat sekitar jam 1:05 petang. Majlis bermula dengan Perarakan Maulidur Rasul sejauh kira-kira 3km, disusuli dengan pertandingan mewarna, melukis poster dan tulisan khat dan Ceramah Maulidur Rasul.


Ceramah telah disampaikan oleh GPK Kokurikulum SK Nuri iaitu Ustaz Kamarusman bin Isa.


Penyampaian hadiah untuk pertandingan mewarna, melukis poster dan tulisan khat telah diadakan pada penghujung majlis.






Catat Ulasan

0 Ulasan