Ceramah Maulidur Rasul dan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan 2017

Pada 26 Mei 2017, SK Nuri telah mengadakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan yang bertempat di Dewan SK Nuri.

Majlis dimulai seawal 7.30 pagi dengan bacaan Yasin dan Tahlin, Solat Sunat Dhuha dan Zikrullah.


Selepas rehat, murid-murid masuk semula ke dewan untuk Pelancaran Ihya' Ramadhan serta Tabung Silaturrahim. Disusuli pula dengan nyanyian Nasyid Ramadhan oleh seluruh warga SK Nuri dengan penuh bersemangat.



Jam 10.30 pagi, murid mendengar ceramah Maulidur Rasul daripada penceramah jemputan iaitu Ustaz Khairulniza bin Mohd Salleh, Kaunselor Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Kemudian, pada jam 11.45 pagi, murid membacakan selawat dan bersalam-salaman sebelum bersurai.











Catat Ulasan

0 Ulasan