Selamat Hari Guru SK Nuri 2017

SK Nuri telah mengadakan Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2017. Majlis sambutan bermula seawal jam 7.45 pagi dengan acara senamrobik.

Acara diteruskan dengan sukaneka pelbagai jenis permainan seperti futsal, bola baling, isi air dalam botol dan pelbagai lagi.



Selepas waktu rehat, semua warga SK Nuri bergerak ke Dewan SK Nuri untuk bacaan perutusan Hari Guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Majlis diselangi dengan persembahan murid sempena Hari Guru.

Guru-guru bertukar-tukar hadiah dan cenderamata.


















Catat Ulasan

0 Ulasan