Tahniah Peserta Pertandingan Catur Daerah Kuala Pilah 2017!

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Pertandingan Catur Daerah Kuala Pilah 2017 dengan pencapaian yang ditunjukkan. Seramai 4 murid lelaki telah mengharumkan nama SK Nuri iaitu Amirul Hazim tempat ke 3, Abdul Hafiz tempat ke 4, Imran Hakimi tempat ke 7 dan Faidzuddin tempat ke 10 daerah Kuala Pilah. Pertandingan ini telah diadakan pada 4 dan 5 Jun 2017 yang lalu.


Sijil dan pingat telah disampaikan oleh Guru Besar SK Nuri, Encik Mohamad Zahari bin Bahaman pada Perhimpunan Rasmi Hari Isnin.

Ini sekaligus menjadikan SK Nuri menjadi Juara Catur Lelaki Keseluruhan Daerah Kuala Pilah.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta catur dan guru-guru pembimbing yang terlibat.


Guru Besar, GPK Kokurikulum, Guru Pembimbing bersama Pasukan Catur SK Nuri
 
Guru Besar, GPK Kokurikulum, Guru Pembimbing bersama Pasukan Catur Lelaki SK Nuri

Guru Besar menyampaikan sijil dan pingat kepada murid yang berjaya



Catat Ulasan

0 Ulasan