Program COMBI Peringkat Sekolah 2017

23 Ogos 2017 (Rabu) - Unit Kesihatan SK Nuri telah mengadakan Program COMBI atau Communication for Behaviourial Impact (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) bertempat di sekitar kawasan sekolah.

Program dimulakan jam 8.00 pagi melibatkan murid tahun 4 dan 5. Murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan mencari tempat-tempat pembiakan nyamuk di sekolah.

Selepas itu, murid mendengar taklimat daripada Klinik Kesihatan berkenaan denggi. Program tamat sekitar jam 11.00 pagi.










Catat Ulasan

0 Ulasan