Program Sentuhan Kasih JPNNS 2017

23 Ogos 2017 (Rabu) - Hari ini SK Nuri dikunjungi oleh beberapa pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNNS) iaitu Encik Nasri bin Ramli (Ketua Unit Bahasa), Puan Norlida bt Md. Tasar (Penyelia Kanan Bahasa) dan Puan Norasikin binti Abd. Hadi (Penyelia Kanan Sains) dalam Program Sentuhan Kasih JPNNS untuk murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas daripada GPK Pentadbiran di Bilik Mesyuarat SK Nuri. Seterusnya murid-murid tahun 6 mendengar amanat daripada pegawai-pegawai tersebut di dalam Dewan SK Nuri.

Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi semangat dan usaha menghadapi UPSR tidak lama lagi.














Catat Ulasan

0 Ulasan