Gotong-royong Keceriaan SK Nuri

27 September 2017 (Rabu) - Program gotong-royong telah diadakan bagi tujuan mengindahkan keceriaan sekitar kawasan sekolah. SK Nuri bakal dikunjungi oleh kumpulan nazir daripada Jabatan Naziran dan Jaminan Kualiti (JNJK) Negeri Sembilan pada hari Khamis, 28 September 2017 dan Majlis Penyerahan Bangunan Baru pada 4 Oktober 2017.

Aktiviti yang dijalankan ialah mengecat tembok, menebang pokok, memasang wallpaper di dewan dan membuat garisan keselamatan.

Semua guru terlibat di dalam gotong-royong ini termasuk murid tahun 6 Bestari dan 6 Pintar.

Terima kasih di atas sumbangan tenaga dan keringat yang diberikan!











Catat Ulasan

0 Ulasan