Program Restu UPSR 2017

8 September 2017 - Pada jam 8.15 pagi, murid tahun 6 dan semua guru berkumpul di Kantin Sekolah untuk Program Restu UPSR. Turut hadir YDP PIBG SK Nuri, Ustaz Radzi bin Abu Hassan dan AJK PIBG yang lain.

Murid-murid kemudiannya mendengar amanat yang disampaikan oleh YDP PIBG dan Guru Besar, Encik Mohamad Zahari bin Bahaman.

Selepas itu, murid bersalam-salaman dengan semua guru bagi mendapat restu untuk menghadapi UPSR. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.

Semua warga SK Nuri mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dengan jayanya pada minggu hadapan.

















Catat Ulasan

0 Ulasan