SK Nuri Menang 2 Anugerah #MyDigitalMaker Peringkat Kebangsaan

13 September 2017 - Baru-baru ini SK Nuri mengambil bahagian di dalam pertandingan Kelab Komputer Penggerak Digital dan Kelab Fotografi dan Videografi Penggerak Digital Peringkat Kebangsaan.

Daripada 3 penyertaan, SK Nuri berjaya memenangi 2 Kategori Sekolah Rendah iaitu Fotografi oleh peserta Muhammad Arif bin Mustapha (5 Pintar) dan Videografi yang disertai oleh Nur Humaira' binti Abdul Rahim (4 Bestari). Kesemua murid ini berada di bawah Kelab Fotografi dan Videografi Penggerak Digital di bawah bimbingan Puan Nur Shazwani.

Majlis Penganugerahan Peringkat Kebangsaan akan diadakan di dalam majlis MYDIGITALMAKER FAIR 2017 di Kuala Lumpur Convention Centre pada 14-18 September 2017.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!


Catat Ulasan

0 Ulasan