SK Nuri dilantik Sekolah Inspirasi

28 September 2017 (Khamis) - Pada hari ini SK Nuri telah dikunjungi oleh Tuan Hj. Arbain bin Subki, Ketua Nazir Negeri, Jabatan Naziran dan Jaminan Kualiti (JNJK) Negeri Sembilan bersama kumpulannya berkaitan pelantikan SK Nuri sebagai Sekolah Inspirasi.

SK Nuri telah dipilih sebagai Sekolah Inspirasi bersama satu lagi sekolah iaitu SMK Tunku Kurshiah bagi daerah Kuala Pilah. Ini bermaksud SK Nuri akan menjadi sumber rujukan bagi 30 sekolah berdekatan tentang SKPMG 2.

Sesi penerangan tentang Sekolah Inspirasi telah di jalankan sebanyak 3 sesi iaitu Sesi 1 bersama pentadbir sekolah, Sesi 2 bersama Ketua Panitia dan Ketua Unit HEM dan Sesi 3 bersama 30 orang Pengetua dan Guru Besar Daerah Kuala Pilah.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Arbain bin Subki dan kumpulannya di atas tunjuk ajar yang diberikan.



Sesi 1






Sesi 2





Sesi 3






Catat Ulasan

0 Ulasan