Mesyuarat Agung PIBG SK Nuri kali ke 47 sesi 2023/2024
23 Mei 2023 (Selasa)
Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SK Nuri kali ke 47 yang bertempat di Dewan SK Nuri. Majlis bermula jam 2.30 dengan kehadiran ibubapa dan penjaga murid yang mula memenuhi ruangan dewan.
Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Haji Saiful Yazan bin Sulaiman, ADUN Kawasan Johol. Turut hadir ialah Encik Mohd Mulub bin Mohd Yusof, Timbalan PPD Sektor Perancangan, Konstabel Wan Amirul Syafiq bin Ahmad Dzaib, Pegawai Perhubungan Sekolah, Balai Polis Johol dan Encik Ameer Hamzah bin Ikhlas, Pegawai Cakna PPD Kuala Pilah.
0 Ulasan