Hari Pertama Persekolahan Sesi 2024/2025

Isnin | 11 Mac 2024

Alhamdulillah hari ini ialah hari pertama sesi persekolahan 2024/2025 berjalan dengan baik dengan kehadiran murid-murid ke sekolah.

Ketibaan murid disambut oleh Tuan Guru Besar, En Mohamad Zahari bin Bahaman diiringi oleh GPK Pentadbiran, Encik Awalludin bin Suboh, GPK HEM, Puan Sashila binti Kasa dan GPK Kokurikulum, Tn Haji Kamarulzaman bin Muhamad.

Ketibaan murid juga disambut oleh maskot Pikachu dan setiap murid diberi sebatang pensil sebagai penyuntik semangat hadir ke sekolah.

YB Dato' Saiful Yazan bin Sulaiman yang merupakan ADUN Johol turut hadir menyampaikan sumbangan Pensil Warna kelada murid-murid baru Tahun 1. Terima kasih YB Dato'.

Turut hadir ialah Pegawai Cakna SK Nuri, Puan Siti Nor Khaizrah dan Pegawai Polis Angkat, Encik Wan Mohd Syafiq.

Galeri Hari Pertama Persekolahan sesi 2024/2025





































Catat Ulasan

0 Ulasan